“Ustaz, Bagaimana Nak Jadi Suami Dan Ayah Yang Baik”, Jawapan Ustaz Ini Buat Lelaki Ini Menangis

Ikuti perkongsian ustaz Ebit Lew. Di airport tadi jumpa beberapa orang dapat berkongsi nasihat. Ada seorang abang ini baik sangat orangnya. Beliau menangis tanya soalan bagaimana ingin menjadi suami dan ayah yang baik. Beliau menangis bantu saya ustaz. Saya ingin bawa isteri dan anak saya masuk syurga. Ustaz selalu kata kita isteri dan anak cermin diri kita..saya terlalu sayangkan isteri dan anak-anak saya.

 

Allah sayang abang. Saya suka bila seorang ayah dan suami menangis kerana ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga. Abang penatkan. Cian abang. Begitulah isteri abang..

Kita suami setiap hari solat 2 rakaat taubat minta petunjuk dan pertolongan Allah. Minta ampun kerana kurangnya kasihsayang dan didikan kita pada keluarga..

Kedua hidupkan amalan Talim dalam rumah setiap hari. Rumah kita dipenuhi para malaikat. Anak isteri kita dapat sifat Taat dan kasih sayang..bimbing mereka dengan baik.. Ketiga bawa keluarga solat fardhu awl waktu. Ajak solat tahajud.

Anak hari ini mereka rindu dua perkara kasih sayang mak ayah. Dan kasih Sayang Allah.. Bawa isteri dan anak jaga solat dan sujud pada Allah. Allah sayang abang. Kami berpeluu kan dan beliau menangis.. Kita semu rindu dan cinta sebenar..cinta pada Allah.

Ketiga dirumah haramkan perkataan menghina atau merendahkan. Selalu beri peluu kan dan suap makan. Dengar cerita isteri dan anak kita. Mereka rindu ayah mereka. Isteri kita sunyi rindu suami mereka..Allahuakbar

Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*